• Welcome to Biosimilar Malaysia (Versi Bahasa Melayu)
logo
logo

Siapakah kami?

Kami adalah sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaya yang berminat dalam penyelidikan kanser payudara. Pasukan kami terdiri daripada seorang pakar onkologi klinikal dan tiga ahli farmasi dari Malaysia dan Australia.

Berkenaan dengan laman sesawang ini

Ini adalah laman sesawang pendidikan mengenai penyakit kanser payudara. Kami secara khusus memberi tumpuan kepada kanser payudara HER2 positif kerana kanser payudara jenis ini boleh dirawat dengan antibodi monokonal seperti Trastuzumab. Sehingga hari ini (13 November 2020), Trastuzumab adalah satu-satunya antibodi monoklonal yang boleh didapati sebagai produk asal dan biosimilar. Laman web ini akan menjelaskan perbezaan antara Trastuzumab asal dan biosimilar yang boleh membimbing profesional penjagaan kesihatan dan pesakit untuk membuat keputusan yang lebih termaklum mengenai penggunaannya dalam rawatan kanser payudara positif HER2. Penghasilan laman web ini adalah disokong oleh geran pendidikan perubatan antarabangsa.

Last Update: 03/09/2021