Dari 3 terapi tersasar (Trastuzumab, Pertuzumab, Ado-Trastuzumab emtansine), Trastuzumab adalah satu-satunya ubat yang mempunyai biosimilar. Mengenai biosimilar Trastuzumab, biosimilar pertama yang didaftarkan di Malaysia ialah Hertraz dan Zuhera pada tahun 2018. Herzuma kemudiannya didaftarkan di Malaysia pada tahun 2019. Melalui pengenalan biosimilar, jenama asli Herceptin (yang mengandungi bahan aktif trastuzumab) telah mengalami pengurangan harga sebanyak 52%. (23)
Jadual berikut menunjukkan jenama Trastuzumab yang terdapat di Malaysia (pada 31 Disember 2020).
No. | Nama Produk | Bahan Aktif | Nama Pemegang | Tahun Pendaftaran di Malaysia |
---|---|---|---|---|
1 | Herceptin (asli) | Trastuzumab | Roche (Malaysia) Sdn. Bhd. | 2015 |
2 | Herzuma (biosimilar) | Trastuzumab | Celltrion Healthcare Malaysia Sdn. Bhd. | 2019 |
3 | Zuhera (biosimilar) | Trastuzumab | Biocon Sdn. Bhd. | 2018 |
4 | Hertraz (biosimilar) | Trastuzumab | Duopharma Sdn. Bhd. | 2018 |
Asal | Biosimilar | ||
Jenama | Herceptin | Herzuma | Zuhera |
---|---|---|---|
Nama Bahan Aktif | trastuzumab | trastuzumab-pkrb | trastuzumab (asal rDNA) |
Petunjuk (Indikasi) |
⦁ Kanser payudara yang adjuvan ⦁ Kanser payudara metastatik ⦁ Kanser gastrik metastatik |
||
Cara Pemberian Ubat | Laluan intravena | ||
Tempoh |
Kanser Payudara Awal 12 bulan Kanser Payudara Metastatik Sehingga perkembangan penyakit |
||
Keberkesanan |
Tiada perbezaan yang bermakna secara klinikal antara produk asal dan biosimilar |
||
Kesan Sampingan Biasa |
Demam (6.90%) Loya-loya (7.97%) Muntah (4.58%) Cirit-birit (9.22%) Jangkitan (3.15%) Batuk (6.90%) Sakit kepala (11.95%) Rasa letih (11.77%) Sesak nafas (4.93%) Ruam (5.89%) Sakit otot (5.23%) (6) |
||
Kesan Sampingan Serius |
Masalah jantung (2.67%)* Masalah paru-paru yang teruk (0.36%) (6) |
||
Produk Trastuzumab | Asal | Biosimilar | |
Anggaran Kos Berdasarkan Suntikan Vial 440mg | RM7250.00 | RM2900.00 |
*Isu jantung di dalam kalangan pesakit dipantau dengan pelbagai teknik berbeza seperti pengimejan MUGA, ekokardiografi dua dimensi (2DE), ekokardiografi tiga dimensi (3DE), ekokardiografi penjejakan bintik (STE) dan pengimejan resonans magnetik kardiovaskular (CMR). (24)
Jenis Rawatan | Dos | |
Rawatan adjuvan untuk kanser payu dara HER2+ | Serentak dengan paclitaxel ataupun docetaxel |
Dos pertama: 4mg/kg - 1 kitaran Dos penyelenggaraan (mingguan): 2mg/kg - 12 kitaran Dos seterusnya (3 mingguan): 6mg/kg - 13 kitaran |
Serentak dengan docetaxel/carboplatin |
Dos pertama: 4mg/kg - 1 kitaran Dos penyelenggaraan (mingguan): 2mg/kg - 18 kitaran Dos seterusnya (3 mingguan): 6mg/kg - 11 kitaran |
|
Sebagai ubat persendirian setelah habisnya rawatan dengan penggunaan ubat multimodaliti berunsur-anthracycline |
Dos pertama: 8mg/kg - 1 kitaran Dos penyelenggaraan (mingguan): 6mg/kg - 17 kitaran |
|
Kanser payu dara HER2+ metastatik |
Dos pertama: 4mg/kg - 1 kitaran Dos penyelenggaraan (mingguan): 2mg/kg - 51 kitaran |
Di kanser payudara awal dan kanser payudara metastatik (lanjut), kedua-dua produk asli/ rujukan dan biosimilar adalah setanding dari segi penambahbaikan prognosis pesakit.
Sila rujuk kepada artikel yang diterbitkan untuk maklumat lebih lanjut.
Last Update: 22/10/2021