• Welcome to Biosimilar Malaysia (Versi Bahasa Melayu)
logo
logo

Apakah reseptor HER2?

Faktor Pertumbuhan Epidermal Manusia-2 (HER-2) adalah gen yang mampu memainkan peranan dalam perkembangan kanser payudara. Protein HER2 adalah reseptor pada sel-sel payudara. Gen HER2 yang berlebihan akan mengarahkan sel-sel payudara untul menghasilkan reseptor HER2 dalam kuantiti yang banyak. Hal ini akan menyebabkan sel-sel payudara untuk membesar dan membahagi secara tidak terkawal. Tahap HER2 dalam tumor anda akan membantu doktor untuk merancang jenis rawatan yang anda akan menerima. (13, 14) 

Contoh pilihan rawatan untuk kanser payudara positif HER2:

1

Trastuzumab

  • Ubat ini berkesan terhadap kanser payudara positif-HER2 dengan menghalang keupayaan sel-sel kanser untuk menerima isyarat yang mengarahkan mereka untuk membesar dan membahagi. 
  • Terdapat beberapa jenama Trastuzumab di Malaysia yang telahpun berdaftar seperti Herceptin, Hertraz, Herzuma dan Zuhera. 

 

2

Pertuzumab

  • Seperti Trastuzumab, ia berkesan terhadap kanser payudara positif-HER2 dengan menghalang keupayaan sel-sel kanser daripada menerima isyarat tumbesaran.
  • Kini, hanya ada satu jenama yang dikenali sebagai Perjeta yang terdapat di Malaysia.

 

 

3

Ado-trastuzumab emtansine (T-DM1)

  • Ubat ini merupakan gabungan Herceptin dan ubat kemoterapi, emtansine. Ia telah direka untuk menyampaikan emtansine kepada sel-sel kanser melalui cara yang tersasar melalui pelampiran emtansine kepada Herceptin. Herceptin kemudiannya akan membawa emtansine ini kepada sel-sel kanser yang positf untuk HER2. 
  • Contoh ubat yang ada di Malaysia ialah Kadcyla.

Last Update: 18/10/2021