• Welcome to Biosimilar Malaysia (Versi Bahasa Melayu)
logo
logo

Penilaian dan Diagnosis Kanser Payudara

Penilaian “Triple Assessment” adalah salah satu cara untuk menilai kanser payudara yang terdiri daripada penilaian klinikal, pengimejan, dan patologi. (9)
*Ujian tertakluk kepada keadaan klinikal semasa

Terdapat beberapa jenis rawatan untuk pesakit kanser payudara (10):

1) Pembedahan

  • Sesetengah pesakit kanser payudara mungkin memerlukan pembedahan untuk membuang sebahagian daripada payu dara mereka yang mempunyai sel kanser (dipanggil lumpektomi) ataupun membuang keseluruhan payu dara mereka (mastektomi).
  • Jenis pembedahan yang diperlukan bergantung kepada saiz tumor, risiko pengulangan dan faktor lain.

2) Radioterapi

  • Radioterapi menggunakan radiasi tenaga tinggi dari sinar-x untuk membunuh sel kanser.

3) Kimoterapi

  • Kimoterapi menggunakan ubat untuk menghapuskan sel kanser.
  • Ubat kimoterapi membunuh sel yang tumbuh dengan cepat. Sel kanser dan sel normal juga termasuk dalam kategori ini. 

4) Terapi Hormon

  • Terapi hormon menyasari tumor yang telah didapati positif untuk reseptor oestrogen ataupun progesteron (ER +ve, PR +ve).

5) Terapi Tersasar HER2

  • Terapi Tersasar HER2 adalah terapi ubat yang hanya mensasari kanser payu dara HER2+.


PEMERIKSAAN KLINIKAL (6)

PANDUAN PEMERIKSAAN SENDIRI PAYUDARA

Langkah 1: Pemerhatian

Sila berdiri di hadapan cermin, dan perhatikan untuk sebarang perubahan payudara seperti bentuk, kulit, puting dan corak urat.

Lihat dari 3 pandangan

1. Lengan di sisi anda.
2. Lengan diangkat di atas kepala, badan membongkok ke depan.
3. Tangan di pinggul dan badan membongkok.

Langkah 2: Merasa

Sila merasai payudara dengan sentuhan lembut menggukan jejari yang telah dibentukkan menjadi rata. Pastikan pemeriksaan dijalankan untuk keseluruhan payudara. Pada masa yang sama, suatu corak pemeriksaan perlu ditentukan oleh pemeriksan untuk menjamin liputan yang menyeluruh.

Merasa sama ada ketika berbaring atau berdiri

Anda boleh merasai payudara sama ada berbaring atau berdiri. Ramai wanita rasa cara termudah untuk melakukan pemeriksaan payudara adalah ketika waktu mandi

Jika menemui ketulan atau perubahan yang tidak biasa

Jangan panik. Sila berjumpa dengan doktor dengan segera untuk penilaian yang selanjutnya.

SIMPTOM KANSER PAYUDARA

Pengimejan

Ultrasonografi payudara digunakan untuk menyaring bagi kehadiran sebarang abnormaliti pada payudara. Ultrasonografi tidak menggunakan sinaran radioaktif, justeru ia selamat digunakan untuk wanita hamil. Ia disyorkan sebagai alat pengimejan awal untuk wanita yang berumur kurang dari 35 tahun. (9)

Mamografi adalah sinar-X dos rendah payudara yang digunakan untuk mengesan tanda-tanda awal kanser payudara. Ia mampu berfungsi sebagai alat saringan (untuk wanita yang tidak mempunyai simptom payudara) dan juga sebagai alat diagnostik (bagi wanita yang mempunyai simptom payudara). Malah, bagi wanita berumur melebihi 35 tahun dan bersimptomatik, gabungan mamografi dan ultrasonografi didapati mampu meningkatkan pengesanan kanser payudara. (9)

Pengimejan Resonans Magnetik (MRI)

MRI juga digunakan untuk mengesan abnormaliti payudara. Ia hanya digunakan dalam situasi klinikal tertentu. Sebagai contoh, ia boleh digunakan untuk menilai sejauh mana kanser payu dara tersebut telah merebak. (9, 12)

Persediaan untuk pertemuan MRI. (12)

1) Sila maklumkan doktor:

  • Mengenai kitaran haid anda
  • Sekiranya anda mempunyai sebarang alahan
  • Sekiranya anda mempunyai masalah buah pinggang
  • Sekiranya anda hamil
  • Sekiranya anda sedang menyusu
  • Sekiranya anda mempunyai alat perubatan implan
  • Sekiranya anda takut berada dalam ruang terkurung.

2) Jangan pakai barangan logam ketika prosedur MRI.

Apakah yang anda perlu jangkakan ketika pertemuan MRI? (12)

1) Anda akan diberi sehelai gaun untuk dipakai.

2) Anda akan diarahkan untuk membuka sebarang alatan logam seperti barang kemas dan klip rambut.

3) Suatu pewarna (bahan kontras) mungkin akan disuntik secara intravena ke dalam lengan agar tisu payu dara boleh dilihat secara jelas.

4) Anda akan diarahkan untuk baring menghadap ke bawah. Payu dara anda akan tergantung ke bawah ke dalam suatu pembukaan dalam meja agar ia tidak tersepit ketika diimbas. 

5) Kemudiannya, meja akan meluncur ke dalam mesin MRI.

6) Anda mungkin akan mendengar bunyi bising dari mesin tersebut. Anda mungkin akan diberi penutup telinga untuk menghalang bunyi tersebut.

7) Anda kena baring secara diam di atas meja.

8) Keseluruhan ujian akan mengambil masa sekitar 30 minit hingga satu jam.

“Digunakan dengan kebenaran dari Mayo Foundation for Medical Education and Research, semua hak dilindungi.”
“Kebenaran penggunaan tidak menunjukkan sokongan kepada mana-mana penaja kajian.” (12)

BIOPSI TISU PAYUDARA

Pemeriksaan Patologi

▪ Cytologi aspirasi jarum halus (FNAC) - Ini adalah suatu prosedur mudah di mana jarum halus dimasukkan melalui kulit ke sampel cecair ataupun tisu daripada sista ataupun jisim pepejal.

▪ Biopsi jarum teras - Prosedur yang melibatkan pengambilan sebahagian tisu daripada lesi ataupun jisim di mana lebih banyak tisu boleh diambil berbanding biopsi jarum halus. 

Prosedur ini mungkin akan menyebabkan sedikit ketidakselesaan.

Last Update: 03/09/2021